Wednesday, October 17, 2018

Turning point

Dalam hidup, semua orang ada ujian masing-masing kan??
Terpulang pada diri sendiri nak hadap macam mana...

Like I said before, jangan judge...baca dengan hati tenang..

Aku,bukan lahir dari keluarga kaya raya.. 
bukan juga dari keluarga yang bahagia sentiasa...
Aku lahir dalam keadaan keluarga yang boleh dikatakan "broken family"
Membesar bukan dalam persekitaran yang ISLAMIK...

So, boleh dikatakan aku membesar dengan ISLAM hanya pada IC..
Boleh dapat??

So aku dah lalui banyak benda dalam hidup aku..
Tujuan aku share kisah hidup aku bukan untuk buka pekung di dada, jauh sekali untuk berbangga betapa MODEN dan OPEN MINDED zaman silam aku..
Aku share supaya orang-orang yang baca ne tak rasa tersisih...tak rasa hidup takda harapan...
sebab hidup ne satu UJIAN... Satu PILIHAN....

Zaman jahiliah aku sangat gelap... 
Solat? tak payah cakap...zaman dulu aku solat dekat sekolah ja, tu pun sebab ustaz paksa..
Pergi sekolah pakai tudung, balik sekolah keluar pagar tudung terbang entah ke mana...
Pakaian?? sentiasa tak cukup kain..
Boyfriend? tukar-tukar macam tukar baju..

Sosial?
Sangat.... Minum? Aku pernah ja try minum arak, sebab? pengaruh kawan-kawan..
Tak minum nanti tak cool la....
Tak boleh nak blend in.
Merokok?
Pernah ja...
Tapi aku jenis rebel tapi takut...

Boleh imagine??
Aku sosial, tapi sebab aku takut dengan Bapa...
so, aku akan cuba kawal diri so aku tak buat benda-benda yang boleh buat aku kena sebat dengan orang tua tu...
Aku tak ketagih rokok, 
Aku tak ketagih arak...
sebab aku rasa benda tu memudaratkan, so kawan-kawan respect ja sebenarnya...as long as kau bagi tahu...

Tell them that u are not comfortable with it..
kawan-kawan kau akan faham..
Kawan-kawan aku mostly kaki clubbing, 
tapi dorang jarang ajak aku..
Sebab dalam diam dorang still respect aku as MUSLIM...

Tapi sebab aku takda asas....
Asas ISLAM tu xda dalam diri...
So aku banyak rebel bila Ustaz tegur..
Ustaz tegur pakaian aku luar sekolah,
Aku siap cabar ustaz dengan pakai pakaian tak cukup kain datang jumpa kawan-kawan hari cuti yang cikgu-cikgu ada mesyuarat..
Allah...
Berdosanya aku...
Banyak lagi sebenarnya zaman gelap aku lalui..

TURNING POINT aku.....
Turning point aku bila Allah turunkan hidayah...
Yes HIDAYAH milik ALLAH...
Tapi, hidayah tu takkan datang bergolek...

Aku dijentik rasa bersalah lepas aku habis sekolah menengah...
Waktu tu aku couple dengan sorang yang kita namakan L...
L budak baik, datang dari keluarga baik-baik...
so dia selalu pesan dengan aku untuk start dgn pakai seluar panjang... take it slow
at first aku rasa macam dia cuba kongkong aku, aku rasa dia tak boleh terima kekurangan aku


Tapi sebenarnya itu ialah turning point aku...
Aku mula tertanya, apa yang aku cari dalam hidup sebenarnya...
Hidup bukan makin muda...
So, aku ambil langkah perlahan-lahan...

Alhamdulilah...
Allah permudahkan....

Tapi...Jodoh aku bukan dengan dia..
Alhamdulilah, sekarang dia bahagia dengan isteri dan anak dia...
Aku? Bahagia juga dengan hidup aku... Dengan jodoh aku...
Tapi, dalam doa aku, sentiasa aku selitkan doa agar dia bahagia..
sebab dia buat aku sedar yang apa aku tayangkan itu patut tersembunyi dan dijaga rapi...


My point is...
Dalam hidup, KESERONOKAN DUNIA ni hanya SEMENTARA...

Hidup ne, satu PILIHAN...
Kau membesar JAHIL...
Takkan selamanya kau nak JAHILKAN Diri kau??

Hidayah nie kena cari...
Cari lah orang yang dekat dengan ALLAH..
Nescaya urusanmu akan dipermudahkan...
Allah maha mendengar....
Jangan cakap, eleh kau cakap senang lah...
Bukan kau yang lalui...

Memang jalan hidup kita berbeza...
tapi kaan...
Aku juga bangkit daripada jahiliah...
Sebab aku sedar hidup ne kita ada pilihan...
Aku taknak mati dalam JAHIL...

Trust me...

"Orang yang pernah menjalani gelapnya jahiliah akan lebih menghargai indahnya Tarbiyah..."
Quoted from novel HLovate

So aku nak tanya ne,
TURNING POINT Korang Apa?

Love, 
Khayfa





 
Copyright © 2019 Full time Sinner, NEVER A Saint. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.